Monday, February 23, 2009

Rasulullah Pemimpin alam

Hari ini datang seorang jiran untuk menyelesaikan masalah anak-anaknya yang degil dan keras kepala iaitu seramai 4 orang anaknya, semuanya lelaki. Dari empat orang anaknya seorang telah ditimpa kemalangan apabila membawa motosikal dan melanggar kereta. Sebelum ini pun ada jiran tetangga yang mengadu anaknya ketika hendak berpakaian pengantin dan untuk ke majlis akad nikah di Surau alHannan terus pengsan atau tidak sedar diri, sehingga semuanya kelam kabut. Semenjak dilantik menjadi Imam di surau setahun yang lepas beberapa perkara yang tidak pernah difikirkan berlaku dalam masyarakat yang kecil ini (taman-taman perumahan) telah diadukan kepada Imam, hendak tak hendak akhir kita terpaksa buat-buat pandai, walaupun memang tak pandai, tetapi menjadi pandai dengan merujuk pengalaman yang ada, sahabat-sahabat yang rapat serta kitab-kitab dari ulama-ulama muktabar.

Bagaimana ya! Rasulullah saw memimpin umat bukan sahaja umat Arab bahkan seluruh alam sebagaimana AlQuran menyatakan dengan maksud " Tidak Aku (Allah) utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk memberi Rahmat seluruh alam". Bukan calang-calang manusia yang dapat menjadi Rasul yang dapat membimbing manusia dari semua aspek. Ertinya Muhammad bukan ahli falsafah, bukan ahli sains, bukan ahli pengkaji sejarah dan bukan segala pakar yang hanya untuk masyarakat mereka sahaja tetapi rasulullah ialah Rasul yang di lantik oleh Allah untuk mengajar manusia daripada dunia sampai ke akhirat.

Sekian.

1 comment: