Tuesday, November 23, 2010

Selepas Musim Haji

Hari ini 16 Zulhijjah bersamaan 23 November 2010. Kita mempunyai 14 hari lagi untuk menerima tahun baru hijrah 1432 iaitu jatuh pada 7 Disember 2010. Selepas setiap muslim dilatih di madrasah Ramadhan 2 bulan yang lepas dengan semua intipati Islam sehingga pada kemuncaknya ialah kita dikehendaki berkorban apa sahaja demi memartabtkan Islam atas dasar Amar makruf Nahi Munkar. Kemuncak pada segala kemuncak selepas keluar dari madrasah Ramadhan ialah berhijrah dari perkara baik kepada perkara yang lebih baik,dan akhir perjalanan setiap individu muslim ialah sampailah ruhnya ke syurga Allah s.w.t.

Perjalanan ini jarang diperkatakan oleh muslim hari ini. Sebab itulah Rasulullah s.a.w apabila diteliti hadith yang masyhur yang diingati oleh kebanyakkan orang iaitu yang bermaksud "Setiap amalan berdasarkan kepada niat....jika kamu berhijrah kerana seseorang wanita kamu akan dapatnya...." menjadi intipati kepada perbezaan perjalanan hidup muslim yang berlandaskan Islam ataupun perjalannanya berlandaskan dunianya sendiri dengan menempelkan Islam dalam hidupnya. Perjalanan hidup yang ketiga ialah tidak menghirau langsung bahkan benci dan meluat apabila mendengar perkataan Islam ketika beliau menerajui dunianya hingga kepada satu tahap berakhir hidup berakhirlah dunianya.

Selepas musim haji 1431 ini, kita bertanya kepada diri kita benarkah kita telah melalui jalan yang dibentangkan dihadapan kita menerusi shahadah hingga ke Haji atau jalan yang sengaja kita tempelkan perkara tersebut ketika kita senang dan kaya sahaja atau jalan yang tidak mengambil kira langsung tentang kaedah ini dengan menganggap berkhir dunia berakhirlah hidup kita.

Fikir-fikirkanlah.