Tuesday, March 24, 2009

MaulidurRasul

Surau AlHannan akan memperingati Hari Kelahiran Nabi Besar Kita Muhammad Sallahualaihiwasalam atau lebih dikenali dengan Maulud.

Tentatif Programnya ialah:

7.30 pagi : Sembelih Lembu (lembu berharga RM3,200.00: yang dibuat Aqiqah oleh Encik
Azman Sulaiman)
8.00 pagi : Rewang (lembu dimasak khurma, Kambing masak Madu, Ayam masak sumo dan
Urap (masakan Jawa lee!)
1.20 T/Hari : Solat Zohor
2.00 Ptg : Program Keluarga Sakinah : Cukur Rambut bayi seramai 4 orang (cukur botak)
2.15 Ptg : Berzanji dan marhaban penggagihan bunga rampai
4.00 Ptg : Persiapan untuk solat Asar dan Solat Asar.
5.00 Ptg : Program Taklif Aqil Baligh (Tazkirah Oleh Kakitangan Yayasan Pembangunan
Keluarga Daerah Segamat)
7.00 Ptg : Persiapan Untuk Solat Maghrib dan Solat Maghrib
7.40 Mlm : Jamuan Makan (Nasi Briani lauk sebagaimana yang dimasak le tuuu!)
8.30 Mlm : Solat Isya'
9.00 Mlm : Ucapan Pengerusi Surau/Pengerusi Sambutan.
9.10 Mlm : Ucapan YB
9.30 Mlm : Ceramah oleh alFadhil Yang Arif Ustaz Haji As Shakirin bin Omar (Ketua Hakim
Mahkamah Tinggi Shariah Johor, Muar)
11.00 Mlm : Bersurai.

Sekian, Wassalam.

Jumpa lagi selepas ini

Thursday, March 19, 2009

Prisma

Persatuan Mahasiswa Masjid As Syakirin mengadakan Karnival Pembangunan Aspirasi Mahasiswa (PRISMA) daripada 15 hingga 21 mac, ini diikuti dengan pengisian yang diadakan hanya di Masjid dan perkarangannya. Pengisiannya dipenuhi dengan bagaimana untuk mengerjakan solat secara berjamaah dengan betul terutama ketika mengikut Imam, tayangan video klip, sayembara puisi, Simfoni Marhaban, Penyembelihan binatang, ceramah dan forum.

Walaupun program-program sebegini amat baik, namun adakah ia bertepatan dengan uslub dakwah dalam kontek semua pelajar terlibat dalam gerakkan kebaikan ini, adakah ia hanya melibatkan warga kampus yang sudah pun tahu atau yang sudahpun faham tetang Islam? cuma untuk mengingati sahaja sebagai ulangan kepada yang sudah tahu. Inilah persoalan-persoalan yang mesti diketahui oleh pemimpin-pemimpin pelajar, pemimpin-pemimpin persatuan-pemimpin-pemimpin kelab dan yang lebih khusus kepada pegawai-pegawai yang meluluskan program tersebut.


Program yang sebegini baik amat diperlukan oleh semua warga kampus terutama mereka yang berkhayal duduk dalam dunia mereka, masih menganggap menjadi mahasiswa mestilah jauh dengan agama, mengikut cara hidup agama ertinya membelakangkan pemikiran mahasiswa. Mahasiswa mesti hidup cara barat, bukan cara agama walaupun tinggal terpencil macam di Segamat ini. Hidup berasaskan hendonisma (memuja nafsu dan hiburan). Tidak ada hiburan dalam bilik, dalam asrama, dalam kampus bukan mahasiswa namanya. Mesti ada filem wayang, mesti ada muzik, mesti ada nyanyian, mesti ada tarian, mahasiswi mesti menayang tubuh badan melalui pakaian sendat dan ketat, semuanya ini barulah dinamakan intlektual, melahirkan pakar-pakar, melahirkan para koorporat, melahir budaya mahasiswa universiti atau lagi dan lagi sehingga ke lobang kubur. Jika inilah persepsi sebahagian Mahasiswa Melayu Muslim bagaimana sebuah universiti bertaraf dunia ini dapat mengangkat martabat bangsa Melayu ketaraf dunia, kerana dunia kini sedang mencari satu alternatif "agama" untuk menyelamat manusia dari sistem pemikiran manusia terutama kapitalis. Sistem yang sudah merundum ke liang lahad, yang terangkum dalam sistem kapitalis ini hedonisme, individulisme, ribawi, dan yang paling jijik kapitalis inilah yang mendokong "Islamfobia".


Marilah sama-sama kita berfikir, dalam Universiti yang sama-sama kita sayangi ini supaya setiap warga kampus terutama mereka yang tidak pernah kenal rumah Allah (masjid) yang jarang-jarang solat, yang masih berkhayal dengan games, berborak, ber "couple", berkaroeke dipusat-pusat hiburan di Segamat, supaya boleh mendekati program-program ilmuan, program-program agama dan program-program intelektual.

Terimakasih tidak terhingga kepada Ustaz Zaluddin (TPHEP) dan Ustaz Kamaruddin yang bertukus lumus menjayakan program-program agama di Universiti. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha kita.

Salam sempoi.

Wednesday, March 18, 2009

Seminar Islam Borneo

Tarikh 3 hingga 8 March 2009 menghadiri Seminar Serantau Perkembangan Islam Borneo 2009 anjuran UiTM Kampus Kota Kinabalu. Untuk menjimat perbelanjaan pergi ke KK dengan menggunakan penerbangan air asia berlepas dari Senai JB, teruk juga perbelanjaannya, namun desakan untuk ke KK begitu kuat, carilah duit yang mana ada untuk ke sana.

Hari pertama Pengarah UiTM Sabah Prof. Madya Dr. Warant merasmikan seminar yang dihadir oleh kebanyakan pensyarah-penyarah UiTM seluruh Malaysia khususnya dari Sabah dan Sarawak, juga dihadiri oleh Pensyarah Universiti Brunei Darus Salam (UBD) dan Juga Pensyarah universiti dari Indonesia (lupa nama). Kenangan manis ialah dapat berjumpa kawan-kawan lama seperti Ustaz Mohd Kamari, Ustaz Dolah, Ustaz Yunus, Ustazah Wan Rohani, Ustaz Che Bakar, Prof Madya Dr. Suwaid, Ustaz Bongsu dan ramai lagi yang datang dari CITU seluruh Malaysia.

Namun kenangan yang tidak lupakan bertemu dengan kawan-kawan sekolah semasa di sekolah Maahad Muhammadi, iaitu Prof Dr. Zainuddin Jaafar (ahli pemikir ekonomi Islam yang berkaliber) semoga Allah menyihat kesihatannya. Dengan Zai ini saya masih ingat semasa 1976 selepas habis peperiksaan SRP ketika itu Beliau bersama dengan sahabatnya saudara Saifudin datang ke rumah dan tidur di rumah hanya semata-mata untuk bermain banjir (bah). Begitu juga kawan sekolah yang paling rapat iaitu Ustaz Aziz Mohammad yang ketika bertemu di KK baru 2 hari dilantik sebagai Pengarah JAKIM Cawangan Sabah. Beliau menggantikan Ustaz Abdul Aziz Yaakob yang bertukar menjadi pegawai agama Istana.

Kenangan-kenangan ini membuat jiwa rasa muda dan bersemangat kembali untuk menjalankan tugas-tugas dakwah bukan sahaja di UiTM tetapi juga seluruh alam. Apabila bersembang tentang Seminar Islam di Borneo ini nampak sangat betapa kerdilnya muslim untuk memperkembangkan Islam yang syumul ini di bumi yang tercinta. Apabila Ust. Kamari membawa berjalan ke Kundasang, iaitu sebuah perkampungan muslim hampir 80%, namun perjalanan memakan masa hampir 2 jam, terdapat sebanyak 26 buah gereja katholik (berpandukan kepada papan tanda yang diletakkan ditepi jalanraya) tertanya-tanya juga mana dia papan tanda Masjid atau Surau rumah ibadat muslim. Apakah di sini muslim tidak mementingkan syiar?, Bagaimana Islam diamalkan oleh penduduk-penduduk yang perjalanannya sejauh lebih 120 km? (KK ke Kundasang). Su' uzzan mulai muncul dalam diri. Apakah mereka tidak ada ..............? atau mengambil mudah tentang amalan Islam. Dalam perjalanan balik ke KK terbayang-bayang perbincangan antara pembentang kertas kerja iaitu Dr. Yaakob Yusuf (KIAS) dengan Prof Madya Dr. Hassan Baharum (CITU) kenapa Kristian di Sabah memohon penggunaan nama Allah, Solat, Baitullah, dan Rasulullah dalam Majalah Mereka khasnya di Sabah. Satu jawapan yang dirasakan paling tepat kerana lemahnya umat Islam memahami Islam itu sendiri. Mereka (gereja) berhadapan sama macam muslim, iaitu pengikut mereka tidak memahami agama Kristian, bahkan amalanya jauh jika hendak dibandingkan dengan muslim. Gereja yang banyak bertaburan itu hanyalah lambang tetapi kosong dengan isinya. Mereka tidak boleh menggunakan bahasa Inggeris, kerana rata-rata masyarakat mereka tidak memahami Inggeris, namun bukanlah menjadi satu lesen untuk menggunakan perkataan Allah dengan sewenang-wenangnya di Negara yang agama resminya Islam.

Terimakasih tidak terhingga kepada Ust Mohd Kamari dan Isterinya (Wan Junaidah) kerana membenarkan kami sekeluarga tinggal dirumahnya dalam tempoh penulis, isteri dan anak berada di KK Sabah. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Ustaz sekeluarga.