Wednesday, March 18, 2009

Seminar Islam Borneo

Tarikh 3 hingga 8 March 2009 menghadiri Seminar Serantau Perkembangan Islam Borneo 2009 anjuran UiTM Kampus Kota Kinabalu. Untuk menjimat perbelanjaan pergi ke KK dengan menggunakan penerbangan air asia berlepas dari Senai JB, teruk juga perbelanjaannya, namun desakan untuk ke KK begitu kuat, carilah duit yang mana ada untuk ke sana.

Hari pertama Pengarah UiTM Sabah Prof. Madya Dr. Warant merasmikan seminar yang dihadir oleh kebanyakan pensyarah-penyarah UiTM seluruh Malaysia khususnya dari Sabah dan Sarawak, juga dihadiri oleh Pensyarah Universiti Brunei Darus Salam (UBD) dan Juga Pensyarah universiti dari Indonesia (lupa nama). Kenangan manis ialah dapat berjumpa kawan-kawan lama seperti Ustaz Mohd Kamari, Ustaz Dolah, Ustaz Yunus, Ustazah Wan Rohani, Ustaz Che Bakar, Prof Madya Dr. Suwaid, Ustaz Bongsu dan ramai lagi yang datang dari CITU seluruh Malaysia.

Namun kenangan yang tidak lupakan bertemu dengan kawan-kawan sekolah semasa di sekolah Maahad Muhammadi, iaitu Prof Dr. Zainuddin Jaafar (ahli pemikir ekonomi Islam yang berkaliber) semoga Allah menyihat kesihatannya. Dengan Zai ini saya masih ingat semasa 1976 selepas habis peperiksaan SRP ketika itu Beliau bersama dengan sahabatnya saudara Saifudin datang ke rumah dan tidur di rumah hanya semata-mata untuk bermain banjir (bah). Begitu juga kawan sekolah yang paling rapat iaitu Ustaz Aziz Mohammad yang ketika bertemu di KK baru 2 hari dilantik sebagai Pengarah JAKIM Cawangan Sabah. Beliau menggantikan Ustaz Abdul Aziz Yaakob yang bertukar menjadi pegawai agama Istana.

Kenangan-kenangan ini membuat jiwa rasa muda dan bersemangat kembali untuk menjalankan tugas-tugas dakwah bukan sahaja di UiTM tetapi juga seluruh alam. Apabila bersembang tentang Seminar Islam di Borneo ini nampak sangat betapa kerdilnya muslim untuk memperkembangkan Islam yang syumul ini di bumi yang tercinta. Apabila Ust. Kamari membawa berjalan ke Kundasang, iaitu sebuah perkampungan muslim hampir 80%, namun perjalanan memakan masa hampir 2 jam, terdapat sebanyak 26 buah gereja katholik (berpandukan kepada papan tanda yang diletakkan ditepi jalanraya) tertanya-tanya juga mana dia papan tanda Masjid atau Surau rumah ibadat muslim. Apakah di sini muslim tidak mementingkan syiar?, Bagaimana Islam diamalkan oleh penduduk-penduduk yang perjalanannya sejauh lebih 120 km? (KK ke Kundasang). Su' uzzan mulai muncul dalam diri. Apakah mereka tidak ada ..............? atau mengambil mudah tentang amalan Islam. Dalam perjalanan balik ke KK terbayang-bayang perbincangan antara pembentang kertas kerja iaitu Dr. Yaakob Yusuf (KIAS) dengan Prof Madya Dr. Hassan Baharum (CITU) kenapa Kristian di Sabah memohon penggunaan nama Allah, Solat, Baitullah, dan Rasulullah dalam Majalah Mereka khasnya di Sabah. Satu jawapan yang dirasakan paling tepat kerana lemahnya umat Islam memahami Islam itu sendiri. Mereka (gereja) berhadapan sama macam muslim, iaitu pengikut mereka tidak memahami agama Kristian, bahkan amalanya jauh jika hendak dibandingkan dengan muslim. Gereja yang banyak bertaburan itu hanyalah lambang tetapi kosong dengan isinya. Mereka tidak boleh menggunakan bahasa Inggeris, kerana rata-rata masyarakat mereka tidak memahami Inggeris, namun bukanlah menjadi satu lesen untuk menggunakan perkataan Allah dengan sewenang-wenangnya di Negara yang agama resminya Islam.

Terimakasih tidak terhingga kepada Ust Mohd Kamari dan Isterinya (Wan Junaidah) kerana membenarkan kami sekeluarga tinggal dirumahnya dalam tempoh penulis, isteri dan anak berada di KK Sabah. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Ustaz sekeluarga.

No comments:

Post a Comment