Monday, February 23, 2009

Rasulullah Pemimpin alam

Hari ini datang seorang jiran untuk menyelesaikan masalah anak-anaknya yang degil dan keras kepala iaitu seramai 4 orang anaknya, semuanya lelaki. Dari empat orang anaknya seorang telah ditimpa kemalangan apabila membawa motosikal dan melanggar kereta. Sebelum ini pun ada jiran tetangga yang mengadu anaknya ketika hendak berpakaian pengantin dan untuk ke majlis akad nikah di Surau alHannan terus pengsan atau tidak sedar diri, sehingga semuanya kelam kabut. Semenjak dilantik menjadi Imam di surau setahun yang lepas beberapa perkara yang tidak pernah difikirkan berlaku dalam masyarakat yang kecil ini (taman-taman perumahan) telah diadukan kepada Imam, hendak tak hendak akhir kita terpaksa buat-buat pandai, walaupun memang tak pandai, tetapi menjadi pandai dengan merujuk pengalaman yang ada, sahabat-sahabat yang rapat serta kitab-kitab dari ulama-ulama muktabar.

Bagaimana ya! Rasulullah saw memimpin umat bukan sahaja umat Arab bahkan seluruh alam sebagaimana AlQuran menyatakan dengan maksud " Tidak Aku (Allah) utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk memberi Rahmat seluruh alam". Bukan calang-calang manusia yang dapat menjadi Rasul yang dapat membimbing manusia dari semua aspek. Ertinya Muhammad bukan ahli falsafah, bukan ahli sains, bukan ahli pengkaji sejarah dan bukan segala pakar yang hanya untuk masyarakat mereka sahaja tetapi rasulullah ialah Rasul yang di lantik oleh Allah untuk mengajar manusia daripada dunia sampai ke akhirat.

Sekian.

Sunday, February 22, 2009

Extrem Sport

Pertunjukan sukan "extrem" diadakan di UiTM Johor bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petang, rupa-rupanya ada juga "rempit" halal, sungguh mengkagumkan dengan aksi-aksi mat motor melintasi atau melayang ke udara dengan berbagai-bagai aksi yang menarik, jika tersilap mungkin akan tercedera, tetapi oleh kerana mereka adalah profesional tidak ada apa bagi mereka, jika adapun dijamin insuran, inilah dikatakan halal. Cuba juga permainan "paint ball", kena tembak 5 "target" dalam masa 10 saat. Alhamdulillah tepat sekali 5 target dapat diselesaikan dalam masa 9 saat.
Inilah aktiviti remaja kini, bagaimana kita sebagai orang tua dapat mengikuti aktiviti sampai ke peringkat grass root remaja kini, amat payah dengan kita menyangka zaman remaja kita sama dengan zaman remaja kini dan inilah kehebatan Rasulullah, di zaman remajanya dapat menyelami semua golongan khasnya remaja sehingga Saidina Ali, Zubir al-Awam, Muith, dan Muaz semuanya remaja menerima Islam dek kerana Rasulullah saw dapat bergaul dengan mereka.
Berjumpa lagi!.

Saturday, February 21, 2009

Modul Pembangunan Pelajar UiTM Johor

Jam tujuh petang baru selesai modul pelajar bagi pelajar-pelajar Ijazah, ternyata penerimaan pelajar dengan modul ini sangat memuaskan, sehingga setengah dari kalangan mereka merasakan tidak lengkap menjadi seorang pelajar UiTM sekiranya tidak mengikuti modul, terutama PDK (perbincangan dalam kumpulan) yang berkaitan dengan soal-soal asas Islam dan tujuan hidup seorang muslim.