Thursday, March 19, 2009

Prisma

Persatuan Mahasiswa Masjid As Syakirin mengadakan Karnival Pembangunan Aspirasi Mahasiswa (PRISMA) daripada 15 hingga 21 mac, ini diikuti dengan pengisian yang diadakan hanya di Masjid dan perkarangannya. Pengisiannya dipenuhi dengan bagaimana untuk mengerjakan solat secara berjamaah dengan betul terutama ketika mengikut Imam, tayangan video klip, sayembara puisi, Simfoni Marhaban, Penyembelihan binatang, ceramah dan forum.

Walaupun program-program sebegini amat baik, namun adakah ia bertepatan dengan uslub dakwah dalam kontek semua pelajar terlibat dalam gerakkan kebaikan ini, adakah ia hanya melibatkan warga kampus yang sudah pun tahu atau yang sudahpun faham tetang Islam? cuma untuk mengingati sahaja sebagai ulangan kepada yang sudah tahu. Inilah persoalan-persoalan yang mesti diketahui oleh pemimpin-pemimpin pelajar, pemimpin-pemimpin persatuan-pemimpin-pemimpin kelab dan yang lebih khusus kepada pegawai-pegawai yang meluluskan program tersebut.


Program yang sebegini baik amat diperlukan oleh semua warga kampus terutama mereka yang berkhayal duduk dalam dunia mereka, masih menganggap menjadi mahasiswa mestilah jauh dengan agama, mengikut cara hidup agama ertinya membelakangkan pemikiran mahasiswa. Mahasiswa mesti hidup cara barat, bukan cara agama walaupun tinggal terpencil macam di Segamat ini. Hidup berasaskan hendonisma (memuja nafsu dan hiburan). Tidak ada hiburan dalam bilik, dalam asrama, dalam kampus bukan mahasiswa namanya. Mesti ada filem wayang, mesti ada muzik, mesti ada nyanyian, mesti ada tarian, mahasiswi mesti menayang tubuh badan melalui pakaian sendat dan ketat, semuanya ini barulah dinamakan intlektual, melahirkan pakar-pakar, melahirkan para koorporat, melahir budaya mahasiswa universiti atau lagi dan lagi sehingga ke lobang kubur. Jika inilah persepsi sebahagian Mahasiswa Melayu Muslim bagaimana sebuah universiti bertaraf dunia ini dapat mengangkat martabat bangsa Melayu ketaraf dunia, kerana dunia kini sedang mencari satu alternatif "agama" untuk menyelamat manusia dari sistem pemikiran manusia terutama kapitalis. Sistem yang sudah merundum ke liang lahad, yang terangkum dalam sistem kapitalis ini hedonisme, individulisme, ribawi, dan yang paling jijik kapitalis inilah yang mendokong "Islamfobia".


Marilah sama-sama kita berfikir, dalam Universiti yang sama-sama kita sayangi ini supaya setiap warga kampus terutama mereka yang tidak pernah kenal rumah Allah (masjid) yang jarang-jarang solat, yang masih berkhayal dengan games, berborak, ber "couple", berkaroeke dipusat-pusat hiburan di Segamat, supaya boleh mendekati program-program ilmuan, program-program agama dan program-program intelektual.

Terimakasih tidak terhingga kepada Ustaz Zaluddin (TPHEP) dan Ustaz Kamaruddin yang bertukus lumus menjayakan program-program agama di Universiti. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha kita.

Salam sempoi.

No comments:

Post a Comment